PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji akan mendidik murid-murid dengan penuh kasih sayang tanpa sebarang unsur diskriminasi.

Kami berjanji akan mewujudkan murid-murid yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang dan mengurus kehidupan sendiri.

Kami bertekad untuk memberi peluang pendidikan yang terbaik mengikut tahap kebolehan dan mengembangkan potensi individu secara optima. 

Kami berusaha mewujudkan suasana pembelajaran yang selamat, ceria dan menyeronokkan.

Kami berjanji akan melahirkan murid-murid yang aktif serta mengembangkan bakat berdasarkan potensi yang ada pada diri mereka.