PENDIDIKAN ABAD KE-21

1.0 PENDIDIKAN

1.1 Pendidikan Abad Ke-21
Aristotle pernah menyatakan bahawa nasib sebuah empayar bergantung kepada pendidikan belia. Segala kekuatan atau kelemahan yang diperhatikan dalam masyarakat berkait rapat dengan jenis pendidikan yang kita beri kepada pemuda-pemudi kita. Apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan ‘Education is that which remains, when one has forgotten all that he learned in school?’ (Pendidikan adalah apa yang tertinggal, setelah seseorang lupa apa yang dipelajari di sekolah?). Bukankah kenyataan itu bersifat ironik? Mungkin kenyataan itu mengingatkan kita bahawa pendidikan bukan setakat mengisi ilmu ke dalam otak murid seperti kita mengisikan air ke dalam baldi. Sebaliknya, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, pendidikan seharusnya menupayakan seseorang dengan sikap, kemahiran dan ilmu (ASK-Attitude, Skill and Knowledge) untuk melakukan sesuatu perkara yang perlu dilakukan dalam konteks persekitaran yang senantiasa berubah dan semakin menjadi ‘rata’ (The World is Flat, Thomas L. Friedman).
  
Menurut  Laporan UNESCO (Report Of The International Commission On Education For The Twenty First Century), pendidikan yang berterusan sepanjang hidup harus berasaskan empat tonggak iaitu :
1. Learning to know (Belajar untuk tahu)
2. Learning to do (Belajar untuk buat)
3. Learning to live together (Belajar untuk hidup bersama)
4. Learning to be (Belajar untuk menjadi)

Pada peringkat asas, pendidikan seharusnya dapat memberikan seseorang kanak-kanak itu dengan pendedahan kepada pengetahuan yang luas dan pelbagai sebelum dispesifikkan secara mendalam dalam bidang-bidang tertentu. ‘Belajar untuk tahu’ membantu seseorang membina spektrum ilmu yang membolehkan dia memilih bidang yang sesuai dengan lebih jitu. Ilmu di sini juga merangkumi cara belajar iaitu sesuatu kemahiran yang amat diperlukan untuk memudahkan seseorang menikmati peluang-peluang belajar yang begitu banyak dari pelbagai sumber.  Ilmu yang diperolehi haruslah seiring dengan kemahiran untuk melakukan tugasan berasaskan ilmu itu. 
‘Belajar untuk buat’ bukan sahaja dihadkan kepada kemahiran operasi atu mekanikal tetapi merangkumi kompetensi-kompetensi seperti kebolehan untuk menangani situasi-situasi yang tidak dijangka, kerja berpasukan, menyesuaikan diri dalam konteks pelbagai sosial dan kerja. Kita semua perlu kerap mengingatkan diri kita bahawa tidak kira apa pun perbezaan kita dari segi agama, kaum, status sosial, politik, ekonomi atau aspek-aspek yang lain, kita berkongsi hidup di planet yang sama. Suka atau tidak,masalah orang lain akan menjadi masalah kita juga. Berjaya atau tidak sistem pendidikan  melatih ‘Belajar untuk hidup bersama’ jelas dilihat dari hal ehwal semasa yang berlaku di sekitar kita. 

Satu sistem pendidikan, dari penggubalan dasar, pembentukan struktur pentadbiran, penjawatan sehingga ke pelaksanaan di peringkat sekolah, dengan sendirinya akan menjadi satu model (baik atau tidak) kepada pendidikan yang berunsurkan ‘belajar untuk hidup bersama’. Usaha untuk membawa pendidikan ke satu tahap yang lebih tinggi dapat diperhatikan dari aspek pemupukan saling kesefahaman antara satu sama lain, apresiasi kepada keperluan saling bergantung (Interdependence), pengurusan konflik dengan semangat saling menghormati nilai-nilai pluralistic dan saling kesefahaman yang mementingkan keharmonian. 
Di peringkat sekolah, pemupukan nilai dan kemahiran tersebut perlu digiatkan melalui pendekatan yang lebih holistik.  Dalam konteks ini, para guru dan para ibu bapa dan masyarakat secara umumnya, ada peranan untuk membimbing mereka yang terperangkap di dalam konflik kefahaman antara apa yang dipelajari dengan realiti. Mereka perlu diberi keyakinan bahawa konflik itu lebih merupakan persepsi yang diakibatkan leh prejudis dan akan menjadi berkurangan apabila mereka membesar dan memperoleh lebih banyak ilmu. Keyakinan positif ini harus diberi tidak kira tahap keyakinan diri kita demi untuk mencipta satu masa depan yang lebih cerah apabila kita semua benar-benar dapat hidup bersama.

Selanjutnya, ‘Belajar untuk menjadi’ menuntut satu usaha pendidikan yang gigih ke arah membangunkan modal insane yang mempunyai keperibadian yang halus, boleh bertindak dengan lebih autonomi, berkebolehan membuat penilaian atau pertimbangan yang lebih adil, rasional dan jitu, mempunyai tanggungjawab kendiri yang lebih tinggi dan membolehkan potensi individu seseorang itu berkembang dengan optimum. Perkara ini merupakan satu usaha padu yang mencabar, memrlukan koordinasi semua pihak dan peringkat yang koheren serta realistik. Kualiti pemimpin dan guru menjadi penentu kejayaan yang penting. Tahap autonomi yang berpatutan diberi kepada sekolah mempengaruhi usaha untuk menyemaikan budaya pemikiran kreatif, kritis dan inovatif dalam kalangan murid melalui program mengikut acuan tersendiri. Saling kesefahaman tentang hakikat ini dan pengupayaan yang dibenarkan di sekolah akan memudahkan proses ‘Belajar untuk menjadi’. Perkara ini perlu ditegaskan kerana kejayaan ‘Belajar untuk menjadi’ amat dipengaruhi oleh suasana yang kondusif yang memberi peluang untuk perkembangan individualistik. 

Akhir sekali, apa yang mencabar adalah bagaimana merealisasikan segala apa yang telah dinyatakan terdahulu supaya ilmu pengetahuan diterjemahkan kepada amalan, amalan menjadi budaya, budaya membawa kejayaan dan seruan menjadi realiti. Apa yang kurang daripada itu adalah retorik sahaja.

1.2 Guru Abad ke-21

Menurut kamus dewan, guru merupakan tenaga pengajar, pendidik, dan pengasuh. Guru dianggap sebagai pengurus kepada kelas yang diajarnya. Guru memainkan peranan sebagai fasilitator, mentor dan kaunselor sepanjang proses pembelajaran dan pelajaran (P&P). Dalam abad ke-21, guru memainkan peranan yang lebih berat dengan bebanan tugas yang semakin bertambah. Guru abad ke-21 merupakan guru yang mempunyai ciri-ciri seperti kaya dengan maklumat terutama dalam sains dan teknologi, mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi, berfikiran konstuktif, mampu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran industri.

Guru abad ke-21 perlu mengorak langkah bagi menggembleng tenaga dan peluang untuk melengkapkan diri supaya lebih berketrampilan sebagai pemimpin yang menyampaikan ilmu berasaskan teknologi semasa serta bersedia untuk menguasai dan menggunakan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjalani urusan harian. Selain itu, kemahiran berfikir secara konstruktif juga perlu dimiliki oleh guru abad ke-21. Para pelajar perlu dididik menggunakan daya pemikiran yang beraras tinggi untuk menghadapi perubahan zaman.

Peranan guru dalam abad ke-21 ialah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri setiap insan yang bergelar pelajar. Pelajar merupakan pelanggan utama kepada guru dan guru bertindak sebagai agen dalam menyampaikan semua perkara berkaitan kehidupan. Nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan yang baik dan tidak melanggar norma-norma masyarakat, bertatasusila dalam perhubungan sesama manusia, makhluk lain dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha membudayakan masyarakat bagi mewujudkan keharmonian sesebuah negara. Dalam perkara ini, guru perlu bertindak sebagai ‘role model’ kepada pelajarnya dan masyarakat. Di samping itu, guru abad ke-21 perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran industri. Ini sangat penting bagi melahirkan generasi atau modal insan untuk pasaran kerja industri yang semakin pesat berkembang. Usaha ini merupakan sumbangan untuk melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, berkualiti, serba boleh, dan responsif terhadap perubahan serta perkembangan industri semasa.
Dalam abad ke-21 ini juga, guru berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan khasnya di dalam bilik darjah. Para pelajar telah mendapat pelbagai kemudahan seperti kemudahan ICT untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran bestari. Hal ini akan menimbulkan kerumitan bagi guru-guru yang kurang berkemahiran dalam penggunaan ICT. Rentetan daripada perkara ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah meminta para guru yang belum memiliki ijazah supaya menhadiri kursus atau program yang telah ditawarkan bagi meningkatkan kemahiran diri para guru yang terlibat. Antara program yang telah ditawarkan oleh kerajaan ialah Program Pensiswazahan Guru (PPG), Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) dan lain-lain. Dari segi penilaian pelajar pula, dasar kerajaan yang perlu dilaksanakan seperti penilaian kemajuan berasaskan sekolah (PKBS), penilaian hasil pembelajaran, perlaksanaan penanda aras dan ujian secara atas talian akan menjadi perkara biasa dan merupakan satu cabaran kepada guru abad ke-21 (Gruber et.al,1999). Cabaran lain yang perlu dihadapi oleh guru abad ke-21 adalah masalah sosial pelajar yang perlu ditangani ke arah membentuk masyarakat madani. Masalah sosial yang semakin berleluasa hari ini menyebabkan tugas guru semakin mencabar. Guru perlu memainkan peranan semaksimum mungkin dalam memastikan masalah sosial pelajar hari ini berkurangan.

Cabaran seterusnya yang perlu dihadapi oleh guru dalam abad ke-21 ialah misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Kurikulum hari ini terus mengalami perkembangan pesat dari semasa ke semasa dan perubahan seperti ini sudah semestinya mengubah harapan dan keperluan pelbagai pihak ke atas kecekapan dan keterampilan para guru agar impian yang diwarwarkan menjadi kenyataan. Salah satu isu berkaitan misi KPM ialah memperkenalkan mata pelajaran vokasional (MPV) dalam system pendidikan di sekolah hari ini. Langkah ini adalah kesan daripada persaingan pendidikan global yang terarah kepada bidang industri dan juga hasrat KPM bagi melahirkan sistem pendidikan bertaraf dunia. 

1.3 Pelajar Abad ke-21

Dalam mana-mana sistem pendidikan, objektif asal adalah bagi mamastikan setiap pelajar dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam sesebuah kehidupan. Sejarah sistem pendidikan Malaysia seperti negara lain di dunia ialah memberi penekanan terhadap pembangunan kandungan pengetahuan yang kukuh menerusi mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa. Walaupun begitu, dari segi pengiktirafan di peringkat global, kemahiran pelajar adalah tidak mencukupi sekadar menguasai kemahiran 3M (menulis, membaca, dan mengira) sahaja apabila mereka meninggalkan bangku persekolahan kelak. Tumpuan bukan hanya kepada kepentingan pemerolehan ilmu pengetahuan tetapi juga pembangunan kemahiran berfikir pada aras yang tinggi bagi menghadapi era globalisasi menuju abad ke-21. 

Pelajar abad ke-21 adalah terdiri daripada pelajar yang mempunyai ciri-ciri seperti berkeyakinan tinggi, bersifat ingin tahu, berkemahiran dalam berfikir, berkemahiran kritis, berani mencuba, dan bijak menyoal sejajar dengan kepesatan teknologi yang semakin pesat membangun. Pelajar abad ke-21 seharusnya lebih profesional dan amat memahami tugas mereka sebagai pelajar. Kaedah pembelajaran tidak lagi tertumpu hanya kepada guru semata- mata sebagai agen pemberian maklumat utama. Sebaliknya mereka perlu melakukan pemerolehan maklumat daripada pelbagai sumber yang ada dan kemudahan yang telah disediakan. Sesetengah sekolah mampu melaksanakannya tetapi terdapat sesetengah sekolah yang masih berada di tapuk lama yang sedang bergelut dengan persoalan asas pembelajaran iaitu kemampuan asas pelajar untuk membaca, menulis, dan mengira. Perkara ini masih menjadi isu dan berada pada peringkat yang mendukacitakan terutama di kawasan pedalaman yang kekurangan akses kepada maklumat dan tahap ketersampaian yang rendah. Namun, masalah ini telah dikenal pasti dan telah sedaya upaya cuba diatasi oleh pihak kementerian dengan mengambil pelbagai langkah supaya ekuiti atau kesamarataan boleh dikecapi oleh semua pihak khasnya pelajar.

Prestasi pelajar di negara kita telah meningkat sejak beberapa dekad yang lalu, namun pencapaian yang membanggakan itu memerlukan risiko iaitu dari segi relatif dan mutlak. Hal ini disebabkan sistem pendidikan di negara lain dapat meningkatkan pretasi pelajarnya dengan lebih cepat dan mampu mengekalkan momentum tersebut secara berterusan. Jurang pencapaian antara sistem pendidikan Malaysia hari ini dengan negara maju yang lain semakin melebar. Pentaksiran antarabangsa juga menunjukkan prestasi pelajar Malaysia semakin merosot dari segi mutlak. 

Sepanjang dua dekad yang lalu, pentaksiran antarabangsa pelajar seperti Programme for International Students Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) telah muncul sebagai kaedah perbandingan langsung tentang kualiti keberhasilan pendidikan daripada pelbagai system pendidikan. Pentaksiran ini mengambil kira pelbagai kemahiran kognitif seperti aplikasi dan penaakulan.
  
Ketika Malaysia mengambil bahagian dalam TIMSS buat pertama kalinya pada tahun 1999, skor purata pelajar mengatasi purata antarabangsa dalam Matematik dan Sains. Penyertaan dalam pusingan yang terkini pada tahun 2007 menunjukkan prestasi pelajar Malaysia telah menurun kepada bawah purata antarabangsa disusuli penurunan dari segi kedudukan negara. Lebih kritikal, 18% dan 20% pelajar Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains pada tahun 2007, iaitu peningkatan dua hingga empat kali ganda daripada 7% dan 5% masing-masing pada tahun 2003. Keputusan PISA pada tahun 2009 dan tahun seterusnya (penyertaan kali pertama Malaysia) juga tidak memberangsangkan kerana kedudukan Malaysia terletak dalam kelompok sepertiga terbawah dalam kalangan 74 buah negara peserta. Pencapaian ini telah meletakkan Malaysia di bawah pencapaian purata antarabangsa dan OECD (Ekshibit 3). Hampir 60% pelajar berumur 15 tahun yang menyertai PISA gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala 44% dalam Bacaan dan 43% dalam Sains tidak mencapai tahap kemahiran minimum. Perbezaan skor sebanyak 38 mata dalam PISA adalah bersamaan dengan satu tahun persekolahan. Secara perbandingan, pencapaian pelajar berumur 15 tahun di Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan Shanghai seolah-olah mempunyai tiga atau lebih tahun persekolahan berbanding pelajar berumur 15 tahun di Malaysia.

Walaupun keputusan terkini TIMSS dan PISA telah mencetus kebimbangan, namun terdapat banyak bukti kecemerlangan pelajar dan sekolah di seluruh negara yang telah mencapai standard antarabangsa berdasarkan ukuran dalam bidang akademik dan bukan akademik. Kementerian telah mengiktiraf 66 buah sekolah di bawah Program Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Sekolah tersebut merupakan yang terbaik kerana memiliki ciri-ciri yang unik, menghasilkan kecemerlangan akademik dan bukan akademik pelajar secara tekal dan berkeupayaan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Sistem pendidikan negara juga berjaya mewujudkan sekolah, daerah dan negeri yang menunjukkan peningkatan di luar jangkaan yang membanggakan. Sebagai contoh, sejak lima tahun yang lalu, Johor merupakan salah sebuah negeri yang berada pada kedudukan lima terbawah berdasarkan prestasi pelajar dalam UPSR. Johor telah melaksanakan program peningkatan kemajuan sekolah yang menyeluruh dan berjaya meningkatkan pencapaiannya hanya dalam tempoh lima tahun. Johor kini berada dalam kelompok tiga teratas. 

1.4 Kemahiran Abad ke-21

Golongan pelajar merupakan satu produk yang terhasil melalui sistem pendidikan. Bagi menjamin kualiti pendidikan, golongan pelajar sama ada di peringkat rendah mahupun tinggi haruslah mempunyai keupayaan dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran selari dengan perkembangan teknologi dan maklumat pada hari ini. Hasrat kerajaan Malaysia dalam menuju sebuah negara maju, pengetahuan menjadi teras kepada semua perkara dan berhadapan dengan era ‘Knowledge Based Economy’ yang menuntut keperluan tenaga kerja yang mahir. Bagi menyokong dan memajukan K-ekonomi yang menjadi teras kepada ekonomi inovasi, Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) akan diarusperdanakan kepada masyarakat untuk mendapat pendidikan formal atau tidak formal. Hal ini kerana penekanan kepada PSH akan membantu rakyat mencapai potensi diri sebenar sekali gus akan menyumbang kepada proses pembangunan di peringkat komuniti setempat. Kemahiran dalam menggunakan pelbagai bahasa khasnya Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin merupakan satu aset penting dan menjadi batu loncatan dalam persaingan dunia K-ekonomi untuk membolehkan rakyat Malaysia berdiri sama tinggi dengan bangsa lain di negara-negara maju.

Kepesatan dalam pembangunan dan teknologi hari ini menuntut rakyat Malaysia bersedia menghadapi perubahan-perubahan tersebut. Peluang-peluang untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran perlu dirancang secara berterusan. Oleh itu, setiap insan khasnya para pelajar yang dicorak oleh pendidikan haruslah bersedia dengan konsep PSH. Produk pendidikan yang perlu dihasilkan iaitu sumber manusia dan modal insan mestilah yang berkeupayaan mencipta, berusaha menghasilkan pembaharuan, menjana dan memanfaatkan idea baru serta menggunakan teknologi dan kemahiran keusahawanan yang terbaik.

Pembangunan negara yang kukuh terletak kepada kejayaan kita melahirkan modal insan berkualiti yang memenuhi ciri-ciri keperluan dalam abad ke-21. Modal insan merupakan pelaburan terpenting untuk pembangunan sesebuah negara dan menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif. Tiada negara yang mampu mencapai kemajuan tanpa memiliki modal insan cemerlang yang berkemahiran tinggi, mampu bertindak balas dengan pantas dan kreatif terhadap perubahan ekonomi dan berpaksikan kepada penjanaan serta penggunaan pengetahuan. Justeru itu, membangun dan mengekalkan  modal insan bertaraf dunia merupakan prasyarat penting bagi mencapai hasrat negara.  
  
Kelayakan pendidikan yang tinggi bagi menyokong pembangunan pengetahuan dan inovasi, tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal dan profesional serta paras produktiviti yang tinggi adalah antara ciri utama modal insan dan tenaga kerja negara berpendapatan tinggi. Berdasarkan ciri ini, usaha perlu ditumpukan bagi mencapai tahap modal insan yang bertaraf dunia menjelang tahun 2020. Sudah tiba masanya kita menganjak paradigma kepada usaha meningkatkan modal intelektual (intellectuals capital) berbanding melahirkan modal insan (human capital) semata-mata. Dalam erti kata lain, pembangunan modal insan di negara tidak lagi bergantung kepada soal menyediakan akses semata-mata sebaliknya membangunkan pengalaman dan pengetahuan yang berkualiti dan diterima oleh seseorang individu atau pelajar selama berada di insituti pengajian. Hal ini kerana modal intelektual akan berupaya menjamin pembangunan negara yang berkualiti dan mampan.
Pengukuhan proses pembelajaran dan pelajaran di peringkat sekolah dan IPT mestilah memanfaatkan kemajuan teknologi supaya lebih inovatif, kreatif dan menarik perhatian pelajar. Selain itu, ciri-ciri pembelajaran mestilah berpusatkan pelajar (student centered) supaya proses pembelajaran ini dapat memberi perhatian kepada aspek-aspek perkembangan dan potensi pelajar secara menyeluruh. Beberapa langkah boleh diaplikasikan ke dalam proses ini iaitu memperkayakan kreativiti dan inovasi, memaksimumkan ekosistem pengajian tinggi, memanfaatkan globalisasi, kepimpinan institusi pendidikan bertranformasi dan kelestarian institusi serta pengurusan bakat.
Era globalisasi kini yang memperlihatkan persaingan yang hebat tidak seharusnya mengekalkan kita sebagai pengikut semata-mata tetapi sebagai pemimpin yang menerajui perubahan. Dalam hubungan ini, pengajaran dan penyelidikan bagi tujuan pembinaan pengetahuan tempatan amat penting dan signifikan untuk diterapkan di sekolah mahupun di IPT. Pengetahuan ini akan memacu ekonomi berasaskan inovasi yang seterusnya menjadi asas kepada pemetaan Malaysia di peringkat global. Faktor ini juga dapat membantu Malaysia mencapai hasrat dalam wawasan 2020. Keupayaan dan kemampuan Malaysia sebagai pembekal produk pendidikan yang berkualiti menuntut usaha penambahbaikan dan penanda aras yang berterusan. Kedudukan Malaysia yang semakin dikenali sebagai pembekal pengajian tinggi yang berkualiti perlu dipertingkatkan kerana hasil yang diperoleh bukan sahaja terhad kepada pengaliran wang keluar masuk negara malah hasil berbentuk perkongsian ilmu dan peningkatan kepakaran. 
Program-program pengantarabangsaan perlu difokuskan kepada usaha-usaha meletakkan Malaysia sebagai pemain global di mana keterlibatannya dalam hal ini tidak seharusnya terhad kepada program pertukaran pelajar dan staf sahaja tetapi memaksimumkan kelebihan Malaysia dalam usaha-usaha kolaborasi dan memberi khidmat konsuitasi pada peringkat global. Melalui program seumpama ini, sektor pengajian tinggi akan menekankan kepada inisiatif diplomatik dalam usaha untuk berkongsi nilai-nilai Malaysia dengan seluruh dunia. Dengan program pengantarabangsaan ini juga, guru dan pelajar dapat berkongsi ilmu dan kemahiran yang berbeza daripada negara-negara maju yang lain. Ini sekaligus dapat meningkatkan kreativiti dan penguasaan kemahiran peringkat global ke dalam diri para pelajar kita.
Persaingan pada abad ke-21 amat memerlukan para pelajar yang berani dari segi menampilkan diri dengan pendapat, kreativiti, dan inovasi. Kemahiran soft skilled amat perlu dikuasai oleh setiap pelajar supaya lebih berkeyakinan tinggi untuk bercakap, mempertahankan pendirian dan memasarkan diri ke pasaran kerja semasa tempatan ataupun antarabangsa. Bagi menerapkan kemahiran ini agar menjadi kebiasaan dalam diri pelajar, KPM dan pihak sekolah serta IPT perlu menggembleng tenaga dan usaha bersama-sama serta mula menyusun program bercorak pengaplikasian kemahiran yang membolehkan pelajar mempamerkan kelebihan masing-masing agar dapat diaplikasikan ke dalam bidang-bidang tertentu yang boleh melonjakkan nama institusi pendidikan kita dan menyumbang ke arah keberhasilan negara.
Oleh itu, pencapaian tahap kemahiran bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh setiap warga. Setiapa pelaksana yang kompeten dan mempunyai kemahuan untuk menyumbang atas dasar kepentingan dan manfaat bersama kepada negara perlulah hadir secara berterusan. Semangat dan iltizam serta keterbukaan setiap pelaksana untuk menilai secara berterusan daripada tindakan-tindakan yang dilaksanakan perlulah seiring dengan perkembangan pada abad ke-21. Langkah ini seterusnya akan dapat menambahbaik sistem pendidikan di Malaysia.

2.0 TEORI PEMBELAJARAN
Menurut pandangan Barat, teori pembelajaran bermula dari masa Plato menvatakan pandangannya  dalam The Republic (sekitar tahun 403 atau 402 S.M) bahawa manusia dilahirkan dengan sejumlah pengetahuan yang diperolehnya dari alam sebelum kelahiran, justeru, manusia belajar dari apa yang telah ada dalam dirinya. Ini bererti pembelajaran adalah satu proses untuk memanggil atau mengingat semula apa yang telah dikurniakan dalam jiwa seseorang.  
Teori pembelajaran Plato ini menimbulkan banyak bangkangan kerana meletakkan manusia sebagai objek yang pasif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Dua ribu tahun selepas Plato, muncul satu lagi teori pembelajaran yang dicernakan oleh John Locke (1632-1704), seorang ahli falsafah British. Berbeza daripada Plato, beliau berpendapat bahawa manusia dilahirkan seperti sebuah bekas yang kosong. Dengan mengumpulkan sedikit demi sedikit pengalaman baharulah manusia boleh menyelesaikan sesuatu masalah.
Dua puluh tiga abad selepas Plato menghasilkan teorinya, dan selepas Darwin menghasilkan Teori Evolusi pada tahun 1859, manusia dilihat mempunyai hubungan biologi dengan binatang. Oleh yang demikian, adalah wajar mengkaji proses biologi ke atas haiwan bagi mendapatkan sebahagian gambaran tentang tabiat manusia.  Penyelidikan ke atas haiwan ini melahirkan aliran behaviourisme.  Jika dibuat analogi perlaksanaan aliran ini dalam bilik darjah, para behaviorisme tidak berminat untuk mengkaji bagaimana pelajar memahami Hukum Newton. Sebaliknya, mereka berminat untuk mengkaji bagaimana pelajar dapat dibentuk untuk membuat sesuatu perkara seperti mendapatkan jawapan yang betul, melaksanakan ujikaji, menulis formula dan lain-lain.
Di akhir dekad kelima abad ke 20, muncul pula Jean Piaget, seorang biologis berbangsa Swiss dengan satu teori yang hingga kini mendapat tempat dalam perkembangan dunia psikologi. Piaget percaya bahawa kebolehan manusia berfikir dan belajar adalah bersifat adaptif. Ertinya, fungsi biologi yang ada pada manusia dapat membantu manusia itu mengendalikan persekitarannya.
Pada akhir tahun 50-an, muncul pula revolusi sains kognitif. Komputer dimodelkan atau dihipotesiskan sebagai minda. Maka terbinalah satu bidang penyelidikan baru yang menggabungkan bidang psikologi, sains komputer, falsafah dan linguistik. Walau bagaimanapun teori ini juga tidak terlepas daripada kritikan tetapi tidak seperti teori-teori terdahulu, kritikan ini lebih mempersoalkan asas metodologi yang diambil oleh aliran kontruktivisme.  Menjelang abad ke-21 ini, Teori Konstruktivisme dikatakan semakin popular. 
Teori ini berperspektifkan psikologi dan falsafah dengan mengambil kira bagaimana seseorang individu membina atau membentuk apa yang dipelajari dan difahami oleh mereka (Bruning, Schraw, & Ronning, 1995). Konsep utama konstruktivisme ialah pengetahuan dibina oleh pelajar bukan hanya  disebarkan oleh orang perseorangan (Driver, etal., 1994). Konstruktivisme percaya bahawa seseorang itu adalah aktif dan membina pengetahuan di dalam bilik darjah dengan tujuan dan keinginan mengetahui berdasarkan pengalamannya (Brooks & Brooks, 1993; Fosnot, 1989; Piaget,1954). Guru dan pelajar memainkan peranan memfasilitatorkan dan menggeneralisasikan pengetahuan. Pelajar digalakkan untuk menyoal antara satu sama lain dan membuat hujahan berdasarkan perspektif masing-masing. 
Pandangan konstruktivisme ini sesuai dengan pengajaran berasaskan laman web. Sebagai contoh guru boleh mencadangkan aktiviti berkumpulan, di mana setiap kumpulan diberi tugasan berdasarkan topik-topik tertentu. Pelajar dikehendaki mencari maklumat dan bahan-bahan dari laman web yang dicadangkan atau melalui pencarian mereka sendiri. Melalui laman web yang dilayari oleh para pelajar mereka akan memperolehi pengalaman-pengalaman baharu di luar daripada kebiasaan apa yang ditemui dalam buku teks. Pengalaman yang diperolehi oleh setiap pelajar mungkin berbeza antara satu sama lain. Dalam sesi pembentangan pelajar seharusnya mempunyai pandangan tertentu dengan membuat hujahan berdasarkan perspektif masing-masing. Sekiranya keadaan seperti ini berlaku, pembelajaran tentunya menjadi lebih aktif jika dibandingkan dengan pembelajaran yang lebih banyak pergantungannya kepada maklumat yang diberikan oleh guru semata-mata. 
 Selama ini, kebanyakan guru begitu takut sekiranya tidak dapat menghabiskan silibus mengikut apa yang terkandung di dalam perancangan tahunan. Aktiviti pembelajaran seperti yang disebutkan di atas sedikit sebanyak akan menganggu guru menghabiskan silibus mengikut waktu yang telah dirancang setiap awal tahun. Hanya keyakinan yang tinggi sahaja yang boleh mengubah keadaan pembelajaran yang sedia ada pada masa hadapan yang dikatakan akan menjadikan pembelajaran sebagai proses sepanjang hayat. Pengetahuan yang diperolehi pada masa sekarang akan menjadi semakin pudar ditelan masa. Tidak mustahil kecemerlangan dalam peperiksaan pada waktu ini tidak menjamin kecemerlangan apabila para pelajar berada di lapangan pekerjaan kelak. 
Oleh yang demikian aktiviti pembelajaran sepanjang hayat patut disedari sebagai kaedah menyediakan diri dalam era ekonomi digital. Pada masa itu, para pekerja perlu belajar minit demi minit untuk melaksanakan kerja dengan lebih berkesan.  Medium perolehan maklumat zaman mendatang tidak lain tidak bukan ialah internet. Inilah masa yang sesuai untuk menyemai konsep pembelajaran sepanjang hayat. Pelajar diajar bagaimana seharusnya mereka belajar untuk mencari maklumat yang diperlukan oleh dirinya. Mereka sendiri yang sepatutnya mengetahui apa yang ingin dipelajari, bukan belajar mengikut yang dikehendaki oleh orang lain.  
Konstruktivisme dikatakan berupaya mengubah sikap memindah maklumat secara pasif kepada yang aktif dengan menyediakan suasana pembelajaran dan pelajaran yang dapat mempertingkat kemahiran berfikir tahap tinggi (higher order thinking skills). Aliran ini juga percaya bahawa pembelajaran dan pelajaran yang tertumpu kepada penglibatan multi sensori pelajar dan persekitaran pembelajaran yang interaktif dan eksploratori dapat membantu meningkatkan kemahiran yang dimaksudkan. Justeru penggunaan laman web yang mempunyai ciri-ciri hipermedia, hiperteks dan hiperlinks amat sesuai dengan konteks konstruktivisme ini. Oleh itu, laman web  haruslah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru-guru dalam pembelajaran dan pelajaran.  
Murid-murid perlu dibawa keluar daripada kepompong ciri-ciri pembelajaran abad ke-19. Antaranya, guru ibarat pelayan komputer (server) yang meyimpan beribu-ribu maklumat dan murid ibarat cakera keras (hard disk) tanpa memori yang menunggu untuk diisi. Gaya pembelajaran terkini seperti yang ditegaskan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menyarankan penggunaan pelbagai pendekatan seperti pembelajaran secara hands-on, kontekstual, konstruktivisme dan masteri, melalui permainan dan inkuiri penemuan, dan berasaskan projek. Pendekatan yang digunakan haruslah memberi peluang yang tidak terhad kepada murid dan mengambil kira tahap kecerdasan murid. Ini adalah selaras dengan gaya pembelajaran abad ke-21 yang berpaksikan literasi era digital, murid berfikir secara kreatif dan inovatif, kemahiran komunikasi yang berkesan dan penghasilan kerja yang tinggi.
Gaya pengajaran guru perlu seiring dengan gaya pembelajaran murid agar P&P dapat dilaksanakan dengan berkesan. Justeru, guru-guru perlu mengambil sikap yang terbuka dalam mengetahui dan mengenal pasti teknologi pendidikan berkesan yang menggabungjalinkan teori instruksional dan teori pembelajaran. Dengan wujudnya gabungan literasi maklumat dan teknologi pendidikan yang baik, pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan memberi impak yang besar dalam proses membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti yang menjadi misi Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.0 WEB 1.0, 2.0, 3.0, DAN 4.0  
3.1 Web 1.0
Era web 1.0 bermula dari 1990 hingga 2001.  Web 1.0 adalah generasi pertama web yang berfungsi sebagai pemberi maklumat dan informasi yang bersifat satu arah. Segala content atau isinya berada ditangan administrator, jadi pengunjung hanya dapat melihat isi dari laman tersebut tanpa dapat memberi komen atau pandangan.  Dikenali juga sebagai DotCom Bubble Burst atau Dotcom Crash juga DotCom Doom. Pada tahun 1998, Google berdiri dan internet menjadi semakin mudah untuk digunakan.Waktu itu potensi laman web dengan format portal dengan berita dan kedai-kedai online seperti amazon.com dilihat sangat besar oleh pelabur-pelabur.

3.2 Web 2.0

Perkembangan terkini teknologi selepas web 1.0 muncul pula web 2.0.   Pada web 2.0, isi tidak hanya dipegang oleh administrator sepenuhnya, malahan pengunjung boleh mengendalikan pada content web tersebut juga pengunjung yang lainnya dapat memberi komen, bekomunikasi antara satu sama lain,memberi pendapat dan banyak lagi. Sifat Web 2.0 adalah Read-Write. Era Web 2.0 tidak memerlukan orang genius yang hanya berkutat sendiri di ruang tertutup atau makmal untuk membuat teknologi baru yang dipatenkan agar membuat dirinya menjadi terkenal. Tapi era ini lebih memerlukan orang untuk saling berkongsi ilmu, pengalaman atau lain sehingga terbentuk masyarakat online besar yang menghapuskan sifat-sifat individu.  Antara contoh yang jelas mengenai web 2.0 adalah youtube, facebook.   

Ciri-ciri Web 2.0 ialah merupakan suatu web platform yang memungkinkan penggunanya dapat mengakses web ini pada bila-bila masa, kerana web ini telah tersimpan dalam internet sehingga dapat diakses pada bila-bila masa sehingga akan sangat memudahkan pengguna untuk memanfaatkanya. Ciri yang kedua ialah kolaborasi pengetahuan. Kolaborasi pengetahuan merupakan keupayaan untuk memunculkan berbagai pengetahuan dari para penggunanya untuk dikongsi kepada banyak orang, dapat dicontohkan pada penggunaan Wikipedia. Wikipedia merupakan ensiklopedi online yang memperbolehkan semua orang untuk membuat dan mengedit artikel. Ciri yang ketiga pula ialah mempunyai data yang kuat dan unik. Data yang kuat dan unik merupakan kekuatan aplikasi Web 2.0 yang terletak pada data. Aplikasi-aplikasi Internet yang berhasil selalu didukung oleh basis data yang kuat dan unik. Contohnya seperti Google.com, yang mempunyai kekuatan pengumpulan dan manajemen data halaman-halaman Web di Internet. Contoh lainnya seperti Amazon.com yang mempunyai kekuatan pengumpulan data-data buku sangat lengkap. Kemudian contoh lainnya seperti pada GPS yang mempunyai kekuatan pengumpulan data-data peta yang sangat lengkap dari suatu daerah ke daerah lainnya.

3.3 Web 3.0

Jika dunia telefon bimbit mengenali istilah 3G, maka di internet namanya adalah web 3.0. Konsep ini dapat diandaikan bahawa sebuah website sebagai sebuah intelektual buatan (Artificial Intelegence). Aplikasi-aplikasi di talian dalam website dapat saling berinteraksi dan  keupayaan interaksi ini bermula dengan adanya web service. Dalam web 3.0 ini , sudah terjadi konvergensi yang sangat dekat antara dunia IT dengan dunia telekomunikasi. Dunia web berkembang pesat seiring dengan keperluan pengguna semasa. Penggunaan peranti IT dan telekomunikasi sudah suatu hari nanti menjadi sama sahaja dan tidak ada bezanya. Hari ini, petanda seperti itu sudah mula dirasakan walaupun masih belum sempurna. Kita boleh menonton televisyen di telefon bimbit atau komputer, boleh mengakses internet di telefon bimbit, boleh melakukan SMS dan menelefon dari komputer.  Semuanya sudah mengalami evolusi menuju dunia yang lebih maju.  Lapan ciri-ciri khas web 3.0 adalah seperti berikut :

1. Tranformation : Dari tempat penyimpanan yang terpisah menjadi satu.
2. Ubiquitous Connectivity : Memungkinkan informasi diakses menjadi media.
3. Network Computing : Perisian adalah sebagai model2 bisnes, service laman web yang berkemampuan dua sistem atau lebih untuk bekerja sama secara harmoni, pengedaran computer, pengskalaan komputer,pelebarluasan komputer.
4. Open Technologies : Sebahagian besar keseluruhannya berfungsi dalam platform open source/percuma.
5. Open Identity and Open ID : seluruh informasi adalah bebas.
6. The interligent Web : Sebagai Semantic Web technologies termasuk RDF,OWL,SWL,SPARQL, GRDDL, Aplikasi berplatform semantic, dan statement-based datastores.
7. Distributed Database: Database disalurkan dalam WWD (world Wide Database).
8. Aplikasi bersifat pintar dan bijak.



3.4 Web 4.0

Masih tiada definisi yang tepat tentang Web 4.0 dan bagaimana ia akan menjadi. Web 4.0 juga dikenali sebagai web simbiotik. Impian di sebalik web simbiotik ini adalah interaksi antara manusia dan mesin dalam simbiosis. Ia akan terlalu mustahil untuk membina lebih banyak antara muka yang kuat seperti muka minda dikawal menggunakan web 4,0. Dalam erti kata lain, mesin akan menjadi lebih pandai untuk membaca kandungan web dan bertindak balas dalam bentuk melaksanakan dan memutuskan apa hendak dilaksanakan untuk memuatkan laman web dengan pantas dengan kualiti unggul dan berprestasi.

Web 4,0 akan menjadi satu web yang boleh membaca, menulis, melaksanaan, dan keserentakan. Penyertaan dalam rangkaian talian yang menyampaikan ketelusan global, pengurusan dan pentadbiran, pengedaran, penyertaan, kerjasama kepada komuniti-komuniti utama seperti industri, politik, sosial, masyarakat dan lain-lain. Web 4.0 atau webOS akan menjadi seperti middleware di mana akan mula berfungsi seperti satu sistem operasi. WebOS akan menjadi selari dengan otak manusia dan membayangkan web secara besar-besaran dan sistem interaksi adalah sangat pintar. Walaupun tidak ada idea yang tepat mengenai web 4.0 dan teknologi, tetapi jelas bahawa web bergerak ke arah menggunakan kecerdasan buatan untuk menjadi sebagai sebuah web pintar.


3.5 Perbezaan Web 1.0 dan Web 2.0
Web 2.0 juga dikenali web kebijaksanaan, orang-centric web, web penyertaan, dan membaca-menulis web. Dengan membaca serta menulis karya, web ini boleh menjadi dwi-arah. Web 2.0 adalah web sebagai platform di mana pengguna boleh meninggalkan banyak kawalan mereka yang telah digunakan dalam web 1.0. Dalam erti kata lain, pengguna web 2.0 mempunyai interaksi lebih dengan kurang kawalan. Web 2.0 bukan sahaja versi web 1.0 yang baharu, malah merupakan web reka bentuk yang fleksibel, penggunaan semula kreatif, kemas kini, kandungan kerjasama penciptaan dan pengubahsuaian telah dipermudahkan melalui web 2.0. Salah satu ciri-ciri yang cemerlang web 2.0 adalah sebagai sokongan kerjasama dan membantu mengumpul kecerdasan kolektif web 1,0. Jadual 1 menunjukkan perbandingkan web 1.0 dan web 2.0 dalam beberapa ciri-ciri kesederhanaan.
 Jadual 1 : Perbandingkan web 1.0 dan web 2.0


4.0 SKYPE (WEB 2.0)
4.1 Definisi Web 2.0
Web 2.0 juga dikenali web kebijaksanaan, orang-centric web, web penyertaan, dan membaca-menulis web. Dengan membaca serta menulis karya, web ini boleh menjadi dwi-arah. Web 2.0 adalah web sebagai platform di mana pengguna boleh meninggalkan banyak kawalan mereka yang telah digunakan dalam web 1.0. Dalam erti kata lain, pengguna web 2.0 mempunyai interaksi lebih dengan kurang kawalan. Web 2.0 bukan sahaja versi web 1.0 yang baharu, malah merupakan web reka bentuk yang fleksibel, penggunaan semula kreatif, kemas kini, kandungan kerjasama penciptaan dan pengubahsuaian telah dipermudahkan melalui web 2.0. Salah satu ciri-ciri yang cemerlang web 2.0 adalah sebagai sokongan kerjasama dan membantu mengumpul kecerdasan kolektif web 1,0.


4.2 Apakah Skype?
Skype adalah sebuah perisian komunikasi percuma yang membolehkan pengguna membuat panggilan, menghantar mesej segera dan melakukan persidangan video dalam talian. Ia adalah salah satu perkhidmatan yang terbaik dalam talian suara, over, internet dan telah dicipta pada tahun 2003 Hy Niklas Zennstrom dan Janus Friis tetapi kemudian telah dimiliki oleh microsoft khususnya dalam tahun 2011. Skype mempunyai lebih 663,000,000 orang sebagai pengguna berdaftar pada september 2011, meletakkan ia di barisan teratas bersama Facebook dan Twitter. Skype merupakan aplikasi perisian yang membolehkan pengguna membuat panggilan suara melalui internet. 
Panggilan kepada pengguna lain menerusi Skype adalah percuma, manakala penggilan ke telefon bimbit atau telefon lain dikenakan bayaran melalui sistem akaun debit pengguna. Skype juga digunakan untuk menghantar mesej, fail atau sidang video. Skype adalah sebuah perisian yang membolehkan perbualan di seluruh dunia. Berjuta-juta individu dan perniagaan  menggunakan Skype untuk membuat video percuma dan panggilan suara, menghantar mesej segera dan berkongsi fail dengan orang lain di Skype. Skype boleh digunakan dalam apa jua kerja yang terbaik untuk manusia, di komputer riba atau televisyen dengan Skype di atasnya. Skype adalah percuma untuk dimuat turun dan mudah untuk digunakan. Dengan membayar sedikit sahaja, pengguna boleh melakukan lebih seperti membuat panggilan telefon, mengakses WiFi, menghantar SMS dan membuat panggilan video secara berkumpulan.

4.3 Ciri-ciri Skype
Apa yang menjadikan Skype sebagai satu alat komunikasi dalam talian yang menarik dan terkenal ialah Skype mudah untuk digunakan dan bersifat mesra pengguna. Ia membolehkan pengguna untuk membuat panggilan secara percuma. Pengguna juga boleh memanggil nombor telefon sebenar melalui Skype dengan kadar yang murah. Ia juga membolehkan pengguna untuk memanggil melalui akaun Skype dari telefon masing-masing. Dalam hal ini, beberapa Skype diperlukan untuk mewujudkan interaksi berkumpulan. Panggilan dari telefon yang diterima adalah percuma tetapi pemanggil akan dikenakan kadar bayaran yang sama seolah-olah mereka telah mendail nombor telefon sebenar.
Selain itu, pengguna boleh membuat panggilan video secara percuma dan membolehkan mereka itu untuk melihat antara satu sama lain secara realiti. Skype membolehkan pengguna dan beberapa pengguna lain untuk membuat panggilan persidangan yang menjadikan ia mudah untuk perbincangan kumpulan dari seluruh dunia. Pengguna boleh menghantar fail melalui Skype kepada mana-mana kenalan mereka. Tiada had saiz untuk fail dan atas sebab-sebab keselamatan sebelum pemindahan fail boleh bermula, penerima telah meluluskan pemindahan. Bermakna bahawa orang itu telah berada dalam talian untuk pemindahan untuk mengambil tempat.
Pengguna juga boleh menyampaikan mesej segera walaupun ketika pengguna sedang melakukan panggilan suara. Pengguna juga boleh menghantar mesej teks kepada mana-mana nombor telefon di dunia. Skype membolehkan pengguna menubuhkan mel suara di mana orang lain boleh meninggalkan mesej suara apabila pemanggil berada jauh. Ia juga menawarkan direktori pencarian pengguna Skype serta ciri-ciri isyarat.
Apa yang diperlukan oleh pengguna untuk menggunakan Skype adalah memuat turun perisian Skype ke dalam komputer dari laman web. Ia adalah sangat mudah dan mengambil masa hanya beberapa minit. Seterusnya pengguna perlu membuka akaun di Skype. Proses ini adalah sama seperti mendaftar pada alat web lain. Pengguna memerlukan earfon dan mikrofon.

4.4 Kepentingan Skype Dalam Pendidikan

Berikut adalah beberapa idea yang memaparkan kepentingan Skype sebagai alat pendidikan yang semakin meningkat. Skype sebagai cara yang mudah dan murah untuk berkomunikasi dengan pengguna di seluruh dunia dan membuka pintu kepada pelbagai aktiviti yang boleh meningkatkan penglibatan pelajar dan kefahaman. Berinteraksi dengan pengguna-pengguna dari latar belakang budaya dan etnik yang berbeza akan membantu pelajar memahami perbezaan budaya dan mempelajari sejarah dan norma-norma sosial. Skype adalah berguna bagi pelajar-pelajar yang sedang belajar bahasa baharu. Ia boleh menghubungkan mereka kepada penutur asli di mana-mana di dunia dan membiarkan mereka menguasai kemahiran bahasa asing. Mereka akan belajar supaya menjadi lebih sahih, inspirasi, dan menarik apabila ia melampaui dinding bilik darjah atau sempadan. Skype menawarkan cara yang mudah untuk pelajar dan pengajar untuk melibatkan diri dalam dalam dunia komunikasi serentak.

4.5 Tips Penggunaan Skype 
Para pendidik pada masa kini, perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi kerana penggunaan ICT dalam proses pengetahuan dan pembelajaran sudah digunakan dengan meluas terutama di kawasan bandar. Beberapa perubahan kurikulum telah dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Matapelajaran Teknologi Maklumat (IT) mula diperkenalkan oleh KPM sebagai mata pelajaran pilihan di sekolah menengah bermula pada penghujung tahun 1998. (Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), 2000). Ini adalah permulaan yang menunjukkan kesungguhan KPM menerapkan penggunaan ICT dalam pendidikan. Senario pendidikan kini memerlukan guru-guru lebih kreatif dan inovatif supaya pengajaran dan pembelajaran mereka adalah efektif. Satu anjakan paradigma harus dilakukan untuk menjadikan guru-guru minat dalam teknologi dengan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Langkah pertama yang boleh dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan adalah dengan mempelajari kemahiran serta membekalkan diri dengan pengetahuan berkaitan dengan bidang teknologi. Berbekalkan kemahiran dan pengetahuan yang ada, seseorang guru boleh mengaplikasikan semua yang ada untuk digunakan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran dan pelajaran. 
Dengan mengikut arus pemodenan pada masa kini, penggunaan pelbagai aplikasi yang berasaskan ICT dapat digunakan oleh guru dalam menjalankan P&P.  Kewujudan aplikasi Skype terutamanya pada masa kini membolehkan guru-guru dan pelajar mengadaptasi penggunaannya dalam pembelajaran. Apa yang perlu dipelajari oleh pelajar pada permulaannya adalah pembelajaran dengan lebih mendalam tentang pelajar dalam konteks tertentu dan memahami realiti konteks pengajaran Skype adalah sebuah aplikasi web yang digunakan sebagai medium komunikasi di dalam kelas. Skype digunakan oleh pelajar untuk belajar daripada guru, berkongsi maklumat dengan pelajar-pelajar yang lain mengadakan persidangan dan menerima nota serta latihan daripada guru. Dengan menggunakan Skype, guru tidak perlu lagi bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk melihat hasil kerja para pelajarnya.
Setelah selesai pembelajaran penggunaan Skype oleh guru dan pelajar, maka guru dapat menggunakan aplikasi tersebut dengan berkongsi nota-nota penting dalam matapelajaran tertentu bersama pelajar khasnya. Selain itu, guru juga boleh mengajukan soalan-soalan yang berkaitan dengan matapelajaran yang diajar kepada pelajar melalui Skype dan guru juga dapat menyemak jawapan yang telah dihantar semula oleh pelajar tersebut. Situasi ini bukan sahaja mampu mendekatkan jarak hubungan antara guru dan pelajar yang terhad di dalam kelas sahaja malahan dapat menajamkan atau memperkuatkan ingatan pelajar bagi sesuatu matapelajaran melalui latihan yang dikongsikan oleh guru tersebut menggunakan aplikasi Skype. Dengan adanya penggunaan aplikasi ini, guru mahupun pelajar tidak perlu menunggu dalam jangka masa yang lama untuk sama-sama mengulangkaji matapelajaran yang telah dipelajari dan keadaan ini mampu mengelakkan masalah pelajar yang mudah lupa. Dengan adanya aplikasi Skype, guru juga boleh memberi pesanan kepada pelajar untuk mengulangkaji lebih awal tentang tajuk yang akan dipelajari pada P&P berikutnya dan guru juga boleh memberi pesanan keperluan yang perlu dibawa ke dalam P&P berikutnya.
Selain daripada guru dapat berkomunikasi menggunakan panggilan video yang memudahkan guru berkomunikasi bersama pelajar walaupun tidak dapat  hadir di dalam kelas bagi memastikan P&P tetap berjalan lancar, guru juga dapat berkongsi video yang berkaitan dengan sesuatu subjek misalnya dalam subjek Geografi bagi tajuk luluhawa. Guru boleh berkongsi video yang berkaitan dengan kejadian luluhawa batuan di dalam aplikasi Skype bagi memudahkan permahaman pelajar dalam tajuk tersebut. Proses penilaian kemudiannya dilakukan setelah semua maklumat daripada pelajar dapat dikumpulkan. Sebarang masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan Skype akan disenaraikan dan akan diperbaiki dan diadakan penambahbaikan dari semasa ke semasa sehingga mendapat hasil pembelajaran yang berkesan kepada setiap pelajar dengan menggunakan aplikasi Skype dalam pembelajaran mereka. 
Penggunaan internet seperti Skype merupakan salah satu kemudahan yang ditujukan pada generasi akhir yang celik IT. Hal seperti ini belum ditemukan pada sepuluh tahun yang lalu. Sebagai manusia yang hidup di zaman milenium ketiga yang ditandai dengan perkembangan alat-alat elektronik yang selalu diperbarui kualitinya setiap enam bulan, kita dituntut untuk berusaha mengikuti perkembangan itu.  Terdapat sejumlah program seperti Skype yang dapat kita pergunakan sebagai media pembelajaran. Walaupun begitu, untuk memanfaatkan Skype sebagai media, seseorang guru tidak hanya mampu mengoperasikannya tetapi secara tidak langsung juga dituntut untuk celik IT atau memiliki literasi dalam bidang IT. Tidak mudah bagi guru yang telah berumur untuk belajar tentang komputer ataupun internet. Berbeza dengan pelajar  sekarang yang seolah-olah baru lahir dari rahim ibunya  yang mampu mengoperasikan HP ataupun laptop.

4.6 Keperluan Sebelum Menggunakan Skype
Lima langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi di manfaatkan dalam pendidikan adalah perlu menyediakan kemudahan frasarana yang lengkap terutamanya di sekolah. Kemudahan frasarana sangat penting terutamanya makmal komputer, terdapat kemudahan wifi untuk di gunakan oleh guru dan para pelajar dengan memanfaatkan teknologi pada masa ini. Dengan adanya kemudahan ini, penggunaan teknologi dalam proses P&P dapat dimanfaatkan dengan berkesan dan boleh menarik minat para pelajar dan guru-guru untuk meningkatkan penggunaan teknologi. Langkah kedua adalah guru menggunakan alat bantu mengajar dengan menggunakan teknologi semasa proses P&P sedang dijalankan. Langkah ini dapat menarik minat para pelajar untuk belajar kerana menggunakan kaedah seperti video dapat menarik perhatian para pelajar semasa berada di dalam kelas. Guru perlu mencari kaedah atau alternatif yang sesuai untuk mengubah cara P&P untuk memudahkan para pelajar memahami serta menarik minat para pelajar untuk menumpukan sepenuh perhatian semasa P&P tanpa rasa bosan. 
Langkah ke tiga adalah guru perlu memberikan tunjuk ajar serta menggunakan kaedah baru untuk membuat perbincangan dengan para pelajar dengan menggunakan teknologi. Contohnya dengan menggunakan akaun Skype sebagai medan untuk perbincangan tentang sesuatu topik berkaitan dengan matapelajaran. Hal ini juga dapat menarik minat para pelajar dengan kaedah pembelajaran yang baru untuk pelajar meneroka maklumat berkaitan dengan teknologi. Langkah yang keempat adalah guru perlu menyediakan tugasan kepada pelajar berpusatkan pelajar yang menuntut supaya pelajar mengeksploitasikan maklumat secara individu. Cara ini membolehkan para pelajar menggunakan teknologi untuk mencari maklumat menerusi video-video, agen pencarian maklumat dan sebagainya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Langkah kelima adalah peranan ibu bapa menyediakan kemudahan alat teknologi kepada anak-anak digunakan untuk belajar. Hal ini dapat menarik minat anak-anak ke dalam bidang teknologi kerana terdapat kemudahan di rumah dan boleh menggunakannya pada bila-bila masa serta dapat menjimatkan masa dan kos. Dengan adanya kemudahan di rumah, anak-anak dapat meneroka pelbagai ilmu teknologi.
Berdasarkan langkah ketiga seperti yang dinyatakan dalam menarik minat pelajar yang celik IT pada masa kini, pelbagai kemudahan perlu disediakan oleh pihak kerajaan terutamanya dalam membantu pelajar menggunakan teknologi di dalam sistem pendidikan. Dapat dilihat di sini bahawa pengaplikasian Skype adalah sangat murah jika kemudahan frasarana seperti komputer dan wifi di sekolah terutamanya mampu disediakan di setiap sekolah. Oleh itu, tidak akan wujud masalah pelajar tertinggal dalam pelajaran walaupun guru terpaksa hadir ke mesyuarat mahupun kursus-kursus tertentu. Maka, peralatan pemilihan perkakasan yang sesuai dapat menjamin proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Spesifikasi setiap perkakasan yang dipilih amat penting bagi mengelakkan berlakunya sebarang perkara yang mengganggu proses P&P. Setiap pelajar serta guru perlu mempunyai komputer atau laptop yang dibekalkan dengan webcam serta mikrofon. Komputer atau laptop juga perlu disambung dengan internet yang mempunyai kapasiti kelajuan yang tinggi bagi memastikan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar antara guru dan pelajar.


Sumber Rujukan :
1. Abtar Kaur, 2001 Multimedia dan Internet Dalam Peningkatan Pemikiran Pelajar,
http://mdc.um.edu.my:88/abtar/lamangeeo.insf, Universiti Malaya 14

2. Hizamuddin Awang, 2000 Pembelajaran Sepanjang Hayat, 
http:// www.borneo-online.com.my

3. Jamaludin Mohaidin, 1999 Konstruktivisme: Aplikasinya dalam rekabentuk Pembelajaran berasaskan web, Teknologi Instruksi Dan Pendidikan Bestari: Persediaan Dan Cabaran Dalam Alaf Baru : 1-14, Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur 

4. Wan Zah Wan Ali. (1997). Kepercayaan guru terhadap pengajaran dan implikasinya ke arah kualiti pendidikan. jurnal Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia, 2, 26-31.

5. Brian, Getting, (2007) “Basic Definitions: Web 1.0, Web. 2.0, Web 3.0”,

6. http://www.practicalecommerce.com/articles/464-Basic-Definitions-Web-1-0-Web-2-0-Web-3-0

7. http://www.scribd.com/doc/39146635/Pendidikan-Abad-Ke-21-Isu-Dan-Cabaran

8. http://www.searchinpdf.com/pdf/hala-tuju-pendidikan-di-malaysia-abad-ke-21.html