MATLAMAT

       Mempertingkatkan kemahiran interpersonal dan pengurusan diri di kalangan murid-murid istimewa.

Menguasai dan memperkembangkan perasaan ingin tahu berkaitan diri dan alam sekeliling.

Melatih murid-murid berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain.

Membiasakan murid-murid dengan peraturan yang sedia ada di sekolah seperti murid-murid normal.

Mengembangkan potensi, bakat, daya kreatif dan intelektual.

Membantu murid-murid mengembangkan kematangan kemahiran teknik dan vokasional serta kehidupan yang lebih baik.

Membekalkan pengalaman terapi pekerjaan bagi membantu murid-murid yang berpotensi untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran mereka.