SEJARAH


Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2 telah terpilih dalam program peluasan pendidikan khas di Kelantan pada tahun 2008. Ia telah dibuka pada 20 April 2008 dengan kemasukan seorang pelajar pada peringkat permulaan. Ia sepatutnya bermula pada Januari lagi, namun ketiadaan  bilik  darjah  tidak memungkinkan  kelas  beroperasi dengan
lancar. Melalui usaha penstrukturan semula kedudukan bilik disiplin oleh pihak pentadbir, ianya dapat memberi peluang kepada kelas pendidikan khas beroperasi dengan jayanya. Pada masa yang sama tambahan unit bangunan yang baru telah siap dibina. Pada tahun 2011, kelas ini telah mempunyai seramai 26 orang pelajar. Mempunyai dua orang guru yang mempunyai kelulusan bidang Pendidikan Khas dan seorang guru berkelulusan bidang PraSekolah serta seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM).

Syarat – syarat yang diperlukan untuk memasuki Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 
    • Berumur 13 tahun ke atas
    • Boleh menguruskan diri sendiri
    • Dapat mendengar dan mematuhi arahan guru
    • Mendapat pengesahan doktor pakar 

    Matlamat Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 
    SMK Pengkalan Chepa 2

    • Mempertingkatkan kemahiran interpersonal dan pengurusan diri dikalangan pelajar istimewa.
    • Membiasakan pelajar dengan peraturan yang sedia ada di sekolah seperti pelajar – pelajar normal.
    • Melatih pelajar berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain.
    • Menguasai dan memperkembangkan perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling.